Sejarah

Print

Institut Kemahiran MARA Kuching merupakan sebuah Institut Pendidikan Teknikal yang tertua di Negeri Sarawak. Institut ini telah ditubuhkan pada tahun 1983 dan terletak Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya. Institut ini telah dibangunkan di atas kawasan seluas 18.81 hektar.

Mula beroperasi dengan pengambilan pelatih seramai 51 orang pada tahun 1984 dengan empat bidang kursus kemahiran ditawarkan iaitu Kursus Kerja-kerja Paip, Kursus Menerap Bata dan Melepa, Kursus Pertukangan Kayu dan Tanggam dan Kursus Pertukangan Perabot. Seterusnya tiga lagi Kursus ditambah iaitu Kursus Kajisawat Motor, Kursus Kimpalan Gas dan Arka dan Kursus Elektrik Domestik & Industri. Dua bidang kursus lagi diperkenalkan iaitu Kursus Kursus Kajisawat Motosikal pada tahun 1988 dan Kursus Mengetuk dan Mengecat Kenderaan pada tahun 1990. Pada akhir tahun 1993 Kursus Kajisawat Motosikal telah hentikan.

Institut Kemahiran MARA Kuching mara setapak lagi apabila menambah beberapa Kursus iaitu Kursus Teknologi Kejuruteraan Marin (1998), Kursus Teknologi Kejuruteraan Elektronik Industri (2001) dan Kursus Penjaga Jentera Gred A1(Usahasama MARA dan Kerajaan Negeri Sarawak) pada pertengahan tahun 2003.

Kini Institut Kemahiran MARA Kuching mempunyai 9 bidang Kursus Kemahiran Teknologi.

Bermula dari tahun 1984 hingga 2007,seramai 12 orang Pengarah telah berkhidmat di IKM Kuching iaitu:

 

 

Bil.
Nama Pengarah
Tahun
1
En. Zakaria bin Ismail
8/1983
2
En. Mohd. Yazid bin Muhammad
1/1986
3
En. Muhammmad bin Samad (Menjalankan Tugas)
1/1988
4
Tn. Hj. Nam bin Marthinin
1/1989
5
En. Mohd Salleh bin Mat
12/1992
6
En. Wan Sabri bin Wan Ismail (Menjalankan Tugas)
12/1996
7
En. Mohamad Zain bin Saad
11/1997
8
En, Saharuddin bin Abdul Hamid
11/2000
9
En. Azahar bin Hj. Ahmad Teridi (Menjalankan Tugas)
7/2002
10
Tn. Hj. Abang Mohd Samatan bin Abang Rambli

10/2003

11
En. Mahzan bin Teh
11/2006
12
En. Mahazani bin Ali
06/2007
13
En. Mohd Ridhwan Bin Abd. Yazid
05/2013
14
En. Mhd. Yatim Bin Hassan
03/2017

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Terma dan Syarat | Peta Laman