MATLAMAT PROGRAM, PEO & PLO

Print

Matlamat Program

Matlamat Program - Program Aims

Matlamat program adalah menyediakan graduan yang mempunyai ilmu asas kejuteraan dan skill praktik serta mempunyai kebolehan untuk bekerja di dalam pasukan bagi menyokong aktiviti operasi dan penyelenggaraan dalam konteks industri di samping berpotensi menjadi usahawan dalam bidang teknikal. 

PEO

Programme Educational Objectives - PEO 

 

PEO 1 :   Graduan yang berpengetahuan serta berkemahiran teknikal yang cukup bagi melaksanakan tugasan dalam bidang berkaitan serta mempamerkan ciri-ciri pembelajaran sepanjang hayat.

              

PEO 2 :   Graduan yang bersikap positif dan beretika, mampu bekerja secara individu atau berkumpulan serta berpotensi memimpin kumpulan untuk memenuhi tanggungjawab mereka terhadap budaya kerja dan masyarakat.

                         

PEO 3 :   Graduan yang mempunyai pengatahuan dan ciri-ciri keusahawanan dalam kerjaya berkaitan.

 

PLO

 

Programme Learning Outcomes – PLO  

 

Pada akhir program (Sijil Teknologi Kejuruteraan), graduan seharusnya berupaya:

PLO 1 : 

Mengaplikasi pengetahuan asas matematik, sains dan asas kejuruteraan kepada prosedur dan amalan rutin dalam bidang elektrik Industri dan Domestik.

 

PLO 2 :

Mengenalpasti masalah kejuruteraan khusus dalam disipilin elektrik Industri dan Domestik yang berkaitan dengan operasi dan penyelenggaraan.

 

PLO 3 : 

Membantu dalam kajian dan reka bentuk penyelesaian bagi sistem kejuruteraan elektrik Industri dan Domestik yang spesifik.

 

PLO 4 : 

Menunjukkan kesedaran terhadap isu berkaitan dengan kemasyarakatan, kesihatan, keselamatan, perundangan dan kebudayaan serta tanggungjawab yang berkaitan.

 

PLO 5 :

Menunjukkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja secara individu dan berpasukan serta berpotensi memimpin pasukan.

 

PLO 6 : 

Menunjukkan pemahaman tentang etika tanggungjawab dan norma amalan kejuruteraan.

 

PLO 7 :

Menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan, amalan perniagaan, keusahawanan dan pembangunan lestari.      

              

PLO 8 :  

Mengenal pasti keperluan pembangunan kerjaya dan terlibat dengan pembelajaran sepanjang hayat.

 

 

SIJIL PERAKUAN AKREDITASI

 

SED

              

 

 

 

 

 

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Terma dan Syarat | Peta Laman